muat turun |
Saturday 15 December 2012
0 Latihan Pengukuhan Surah an-Naba' (Ayat 1-16)
PDF. Latihan pengukuhan Surah An-Naba' (ayat 1-16). Soalan berbentuk objektif dan subjektif. Klik gambar di bawah untuk muat turun latihan tersebut:
Friday 14 December 2012
0 Nama-nama Hari Akhirat
Senarai nama Hari Kiamat yang digunakan dalam buku teks Tafsir Tingkatan 4.
Untuk nama-nama lain Hari Kiamat/Hari Akhirat yang terdapat dalam al-Quran, klik SINI.

Thursday 13 December 2012
0 Surah An-Naba': Kuiz #1
Di bawah ini admin sediakan satu kuiz ringkas sebagai latihan pengukuhan sub-topik Surah An-Naba' yang pertama iaitu ayat 1-16. Aplikasi ini menggunakan flash.
Cuba jawab kurang daripada empat minit. Buat banyak kali, bertubi-tubi. ^_^
Klik gambar di bawah untuk muat turun
aplikasi kuiz Surah an-Naba' #1
aplikasi kuiz Surah an-Naba' #1
Cuba jawab kurang daripada empat minit. Buat banyak kali, bertubi-tubi. ^_^
Wednesday 12 December 2012
0 Surah An-Naba': Muqaddimah
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 40 ayat. Dinamakan surah
"An-Naba'" (Berita Besar), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan tentang kebenaran berita yang besar berita kebangkitan manusia
hidup semula menerima balasan.
Intisari kandungannya: Membentangkan hujjah-hujjah setakat mana zalimnya dan ingkarnya golongan kafir yang meragukan tentang adanya hari akhirat, kerana Allah Taala yang telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya yang terbentang luas di hadapan mereka, sudah tentu berkuasa menghidupkan mereka semula untuk menerima balasan.
Setelah menerangkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari akhirat, dan keadaan orang-orang yang beriman serta orang-orang yang kufur ingkar pada hari itu, maka surah ini diakhiri dengan menegaskan: "Itulah keterangan- keterangan hari kiamat yang sungguh tetap berlakunya maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang salih). "Sesungguhnya dengan keterangan-keterangan yang tersebut, Kami memberi amaran kepada kamu tentang azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata pada hari itu): 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk di hitung amalku dan menerima balasan)'."
Sumber: http://www3.pmo.gov.my

Subscribe to:
Posts (Atom)