Pages

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog P&P Tafsir Tingkatan 4. ^_^

Saturday 15 December 2012

0 Latihan Pengukuhan Surah an-Naba' (Ayat 1-16)

PDF. Latihan pengukuhan Surah An-Naba' (ayat 1-16). Soalan berbentuk objektif dan subjektif. Klik gambar di bawah untuk muat turun latihan tersebut:

muat turun


Friday 14 December 2012

0 Nama-nama Hari Akhirat

Senarai nama Hari Kiamat yang digunakan dalam buku teks Tafsir Tingkatan 4.



Untuk nama-nama lain Hari Kiamat/Hari Akhirat yang terdapat dalam al-Quran, klik SINI.

Thursday 13 December 2012

0 Surah An-Naba': Kuiz #1

Di bawah ini admin sediakan satu kuiz ringkas sebagai latihan pengukuhan sub-topik Surah An-Naba' yang pertama iaitu ayat 1-16. Aplikasi ini menggunakan flash.


Klik gambar di bawah untuk muat turun
aplikasi kuiz Surah an-Naba' #1




Cuba jawab kurang daripada empat minit. Buat banyak kali, bertubi-tubi. ^_^

Wednesday 12 December 2012

0 Surah An-Naba': Fadhilat dan Asbab Nuzul



Klik gambar di bawah untuk muat turun
slideshow Fadhilat dan Asbabun Nuzul
Surah An-Naba'


0 Surah An-Naba': Muqaddimah

Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 40 ayat. Dinamakan surah "An-Naba'" (Berita Besar), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan tentang kebenaran berita yang besar berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasan.

Intisari kandungannya: Membentangkan hujjah-hujjah setakat mana zalimnya dan ingkarnya golongan kafir yang meragukan tentang adanya hari akhirat, kerana Allah Taala yang telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya yang terbentang luas di hadapan mereka, sudah tentu berkuasa menghidupkan mereka semula untuk menerima balasan.

Setelah menerangkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari akhirat, dan keadaan orang-orang yang beriman serta orang-orang yang kufur ingkar pada hari itu, maka surah ini diakhiri dengan menegaskan: "Itulah keterangan- keterangan hari kiamat yang sungguh tetap berlakunya maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang salih). "Sesungguhnya dengan keterangan-keterangan yang tersebut, Kami memberi amaran kepada kamu tentang azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata pada hari itu): 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk di hitung amalku dan menerima balasan)'."

Sumber: http://www3.pmo.gov.my

Tuesday 11 December 2012

0 Surah An-Naba': Bacaan dan Terjemahan

Video bacaan Surah an-Naba' beserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Sheikh Mishary Al-Afasy. Hayati bacaannya, sangat menyentuh kalbu.


Di samping terjemahan Bahasa Melayu yang lazimnya menjadi pilihan kita, diharap video ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan perbendaharaan kata istilah-istilah Islamik dalam Bahasa Inggeris.

Untuk bacaan dengan terjemahan Bahasa Melayu, klik SINI.


0 Rujuk Terjemahan al-Quran


Berikut merupakan terjemahan al-Quran versi online surah-surah muqarrar subjek Tafsir Tingkatan 4. Semoga ia memudahkan pelajar memahami maksud ayat yang menjadi perbincangan.


Bil. Nama Surah Jumlah
Ayat
Terjemahan
1. An-Naba'
40
Terjemahan
2. An-Naazi'aat
46
Terjemahan
3. 'Abasa
42
Terjemahan
4. At-Takwiir
29
Terjemahan
5. Al-Infitaar
19
Terjemahan
6. Al-Mutaffifiin
36
Terjemahan
7. Al-Insyiqaaq
25
Terjemahan
8. Al-Buruuj
22
Terjemahan
9. At-Taariq
17
Terjemahan
10. Asy-Syams
15
Terjemahan

Klik pada 'Terjemahan' untuk memaparkan terjemahan setiap ayat surah-surah yang berkaitan.

Monday 10 December 2012

1 Kenapa Belajar Tafsir?


Mengapa kita perlu mempelajari Tafsir? Kerana tiga perkara:

1. objek kajiannya
2. tujuannya
3. kepentingan mempelajarinya


Objek kajiannya:
Objek kajian ilmu Tafsir adalah Al-Quran itu sendiri. Al-Quran merupakan kitab paling agung yang ada di muka bumi. Ia menjadi rujukan bukan sahaja umat Islam, bahkan petunjuk dan peringatan kepada semua manusia serta ubat penyakit hati.

Tujuannya:
Ilmu Tafsir al-Quran bertujuan mengajak manusia berpegang teguh pada agama Allah dan mencapai kebahagiaan yang hakiki. Apa guna kita mahir semua perkara di dunia ini tapi iman di dada tidak kukuh, rapuh.

Kepentingan mempelajarinya:
Kesempurnaan duniawi dan ukhrowi perlu kepada ilmu syariat yang mengatur segala kehidupan manusia sampai ke akhirat, dan ilmu itu tidak lain adalah bersumber pada pengetahuan tentang kitab Allah iaitu al-Quran.

Antara dalil tentang kepentingan mendalami al-Quran ialah sabda Rasulullah s.a.w:
"Al-Quran ini adalah jamuan Allah yang ada di bumi. Maka pelajarilah dari 'jamuan' itu semampu kalian."

Menafsirkan al-Quran tidak semudah menafsirkan buku-buku lain kerana al-Quran merupakan rujukan umat Islam khasnya dan umat manusia umumnya. Penafsiran yang salah akan mengakibatkan pemahaman yang salah, lalu menjadi keyakinan dan akhirnya diamalkan pada perbuatan (yang salah).

Kesimpulannya, sebagai orang Islam kita seharusnya mempelajari ilmu Tafsir al-Quran. Menurut jumhur ulama, mempelajari tafsir al-Quran adalah fardhu kifayah (mesti ada sebahagian manusia yang mempelajarinya dan gugurlah kewajipan ke atas orang lain).

Sunday 9 December 2012

0 Komponen Utama Subjek Tafsir SMA

Sebelum masuk kepada perbahasan topik, pelajar terlebih dahulu harus memahami komponen-komponen utama yang terdapat dalam madah (subjek) Tafsir Tingkatan 4, iaitu seperti berikut:


1. Petikan ayat al-Quran
2. Ma'any al-Mufradat (semantik)
3. Syarhu al-Ayaat (huraian ayat al-Quran)
4. Al-Istinbad (pengajaran daripada ayat al-Quran)

1. Petikan ayat al-Quran
Sebelum ini telah diterangkan bahawa terdapat 10 surah yang dijadikan muqarrar. Setiap surah dipotong-potong kepada 2-4 bahagian dan menjadi topik yang berlainan.

 Pelajar tidak perlu menghafal ayat-ayat tersebut kerana ia bukan perkara pokok perbincangan madah ini. Apa yang difokuskan ialah 'isi' yang terdapat di sebalik ayat al-Quran.


2. Ma'any al-Mufradat (Semantik)
Beberapa perkataan daripada petikan ayat-ayat al-Quran dipilih untuk diperhalusi makna sebenarnya.

3.  Syarhu al-Ayaat (Huraian ayat)
Setiap ayat dihuraikan dengan lebih terperinci bagi memahami maksud tersurat dan tersirat ayat-ayat tersebut.

4. Al-Istinbad (Pengajaran daripada ayat)
Di akhir topik, disenaraikan pengajaran yang boleh diambil menerusi petikan ayat al-Quran yang dibincangkan.

Saturday 8 December 2012

0 Surah-surah Muqarrar Tafsir SMA

Surah-surah yang menjadi muqarrar (sukatan pelajaran) bagi subjek Tafsir kelas Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Sekolah-sekolah JAIM, Tingkatan 4, terdiri daripada Juz Amma (Juz 30).

Namun begitu, tidak semua Surah dijadikan muqarrar, hanya 10 Surah yang dipilih seperti dalam jadual berikut:



 Pelajar dikehendaki mengingat jumlah ayat bagi setiap surah kerana lazimnya akan ditanya dalam kertas objektif.


* Kesemua Surah tersebut adalah berturutan melainkan Surah as-Syams.

Thursday 6 December 2012

0 Tutorial Buat Entri Baru

Berikut merupakan video tutorial untuk membuat entri/post baru menggunakan blogspot. Kalau 'tersangkut' atau tak ingat langkah untuk buat post baru, boleh rujuk video ni... OK?



0 Entri Pertama

Assalamualaikum.
Ni entri pertama. (Untuk blog ni)
Tak tahu nak tulis apa.

Yang penting, kena update paling kurang 20 entri tentang P&P sebelum 15.12.2012.
Banyak gak tu! Ada kurang lebih lapan hari sebelum tamat.

Apa nak bubuh ni? Ada idea tak? ^_^