Pages

Assalamualaikum. Selamat datang ke blog P&P Tafsir Tingkatan 4. ^_^

Monday 10 December 2012

1 Kenapa Belajar Tafsir?


Mengapa kita perlu mempelajari Tafsir? Kerana tiga perkara:

1. objek kajiannya
2. tujuannya
3. kepentingan mempelajarinya


Objek kajiannya:
Objek kajian ilmu Tafsir adalah Al-Quran itu sendiri. Al-Quran merupakan kitab paling agung yang ada di muka bumi. Ia menjadi rujukan bukan sahaja umat Islam, bahkan petunjuk dan peringatan kepada semua manusia serta ubat penyakit hati.

Tujuannya:
Ilmu Tafsir al-Quran bertujuan mengajak manusia berpegang teguh pada agama Allah dan mencapai kebahagiaan yang hakiki. Apa guna kita mahir semua perkara di dunia ini tapi iman di dada tidak kukuh, rapuh.

Kepentingan mempelajarinya:
Kesempurnaan duniawi dan ukhrowi perlu kepada ilmu syariat yang mengatur segala kehidupan manusia sampai ke akhirat, dan ilmu itu tidak lain adalah bersumber pada pengetahuan tentang kitab Allah iaitu al-Quran.

Antara dalil tentang kepentingan mendalami al-Quran ialah sabda Rasulullah s.a.w:
"Al-Quran ini adalah jamuan Allah yang ada di bumi. Maka pelajarilah dari 'jamuan' itu semampu kalian."

Menafsirkan al-Quran tidak semudah menafsirkan buku-buku lain kerana al-Quran merupakan rujukan umat Islam khasnya dan umat manusia umumnya. Penafsiran yang salah akan mengakibatkan pemahaman yang salah, lalu menjadi keyakinan dan akhirnya diamalkan pada perbuatan (yang salah).

Kesimpulannya, sebagai orang Islam kita seharusnya mempelajari ilmu Tafsir al-Quran. Menurut jumhur ulama, mempelajari tafsir al-Quran adalah fardhu kifayah (mesti ada sebahagian manusia yang mempelajarinya dan gugurlah kewajipan ke atas orang lain).

1 comment:

  1. sila semak seula status hadis yang digunakan sebagai dalil

    ReplyDelete