Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 40 ayat. Dinamakan surah
"An-Naba'" (Berita Besar), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan tentang kebenaran berita yang besar berita kebangkitan manusia
hidup semula menerima balasan.
Intisari kandungannya: Membentangkan hujjah-hujjah setakat mana
zalimnya dan ingkarnya golongan kafir yang meragukan tentang adanya
hari akhirat, kerana Allah Taala yang telah menciptakan langit dan bumi
serta segala isinya yang terbentang luas di hadapan mereka, sudah tentu
berkuasa menghidupkan mereka semula untuk menerima balasan.
Setelah menerangkan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari
akhirat, dan keadaan orang-orang yang beriman serta orang-orang yang
kufur ingkar pada hari itu, maka surah ini diakhiri dengan menegaskan:
"Itulah keterangan- keterangan hari kiamat yang sungguh tetap berlakunya
maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan
dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang salih).
"Sesungguhnya dengan keterangan-keterangan yang tersebut, Kami memberi
amaran kepada kamu tentang azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari
seseorang melihat apa yang diusahakannya dan orang yang kafir akan
berkata pada hari itu): 'Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah
(supaya aku tidak dibangkitkan untuk di hitung amalku dan menerima
balasan)'."
Sumber: http://www3.pmo.gov.my
No comments:
Post a Comment